APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Wednesday 15 February 2012

APODAHJADI: WTF!!!Video Lelaki Bogelkan Wanita Guna Jengkaut

Apo dah macam macam manusia nie skang. Kreatif ker???....Kesian kat wanita ni


APODAHJADI: WTF!!!Video Lelaki Bogelkan Wanita Guna Jengkaut

Tuesday 14 February 2012

APODAHJADI:Pemandu Perempuan Nie Sopan Santun Ke?


Ok la.. saja nk tau andainya..

korang kat laluan yg sempit.. kat depan ada kereta.. korang park tepi bg dia lalu dulu.

49/50 lelaki biasa akan akan angkat tangan@senyum tanda terima kasih tapi.
99/100 perempuan aku jumpa takkan pandang kat kau langsung.. apatah lg angkat tangan..

korang kat laluan sempit tetiba kereta depan berenti kejap samada hantar kawan atau ambil barang, kau terpaksa tunggu dekat 1minit lebih...

49/50 lelaki biasa akan akan angkat tangan tanda minta maaf.
99/100 perempuan aku jumpa takkan pandang kat kau langsung.. apatah lg angkat tangan..

kau sedang mamandu tetiba ada kereta tetiba mencelah masuk dari simpang... kau brek mengejut dan HON kuat2 sebab kau hampir terlanggar dia...

49/50 lelaki biasa akan akan angkat tangan tanda minta maaf.
99/100 perempuan aku jumpa takkan pandang kat kau langsung.. apatah lg angkat tangan..

kau tgh bwk kereta, tetiba kereta depan break maybe ada benda melintas depan dia atau apa2 je... kau kat blakang pun brek emergency dengan hon..

49/50 lelaki biasa akan akan angkat tangan tanda minta maaf.
99/100 perempuan aku jumpa takkan pandang kat kau langsung.. apatah lg angkat tangan..

Friday 10 February 2012

APODAHJADI:Angry Birds Cedera Selepas Permainan

APODAHJADI:Angry Birds Cedera Selepas Permainan

Ha3 korang tengok angry bird tue rilek jer langgar batu kayu...tapi korang penah tengok diorang cedera lepas game tue...Layan

Fakta HARAM Menyambut Hari Kekasih atau Valentines Day


Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

WTF:Menteri Kantoi Tonton Filem Lucah Semasa Perhimpunan Dewan Rakyat


Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.

Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.

Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.

“Kami meletak jawatan kerana tidak mahu memalukan parti dan tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang untuk menganggu perjalanan perhimpunan dewan rakyat,” menurut Menteri Koperasi, Laxman Savadi kepada pemberita

GEMPAR! Remaja Terus Boleh Bertutur Bahasa KOREA dan MANDARIN Selepas Kemalangan!




BESUT – Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.

Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Thursday 9 February 2012

JANGAN TERTIPU: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah


Apakah itu Perjanjian Penyewaan Rumah?  Perjanjian ini merupakan satu dokumen yang menggariskan hak-hak dan tanggungjawab penyewa serta tuan rumah. Biasanya, perjanjian ini ditandangani sebelum penyewa menduduki rumah tersebut. Jangka masa untuk perjanjian ini ialah bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak; iaitu sama ada setahun, 2 tahun ataupun 5 tahun.

Apa yang anda perlu tahu tentang Perjanjian Penyewaan Rumah:

•    Perjanjian ini perlulah senang difahami oleh kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun, pihak penyewa dan tuan rumah perlu memahami isi kandungan perjanjian ini dengan terperinci supaya hak masing-masing dapat ditegakkan jika berlaku perselisihan faham (dispute). Kadang-kadang, perjanjian ini disediakan oleh pihak ketiga iaitu peguam atau agen hartanah namun persetujuan haruslah dicapai oleh bakal penyewa dan tuan rumah sebelum ditandatangani. Tuan rumah juga boleh menyediakan sendiri perjanjian ini berdasarkan sampel dokumen yang disediakan di bawah.

•    Perjanjian ini perlu menyatakan sewa bulanan yang perlu dibayar oleh penyewa. Bayaran untuk sewa bulanan akan ditetapkan pada tarikh tertentu (contohnya 1hb bagi setiap bulan) untuk memudahkan tuan rumah memantau kelewatan pembayaran. Akaun untuk pembayaran juga dinyatakan dalam Perjanjian Penyewaan untuk rujukan dan memudahkan kedua-dua pihak..

Religious Talk: Jom Baca Sejarah Dan Misteri Hajarul Aswad



Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.
Kalau berkaitan dengan Kaabah maka ia terletak di salah satu bucu Kaabah dimana apabila orang yang ingin mengerjakan haji ingin memulakan tawaf mereka maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali dan akhir sekali dengan akhir di Hajarul Aswad juga. Pada awal tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul Aswad juga.
Ciuman sebagai sunnah semata-mata
Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Sejarah Hajarul Aswad
Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan
Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa’id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia. Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.Tidak ditemukan informasi yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.
Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang.Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).
Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajar Aswad adalah salah satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang-orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.

Monday 6 February 2012

WOW KREATIF:Bina Superbike Mini Hanya Menggunakan Lighter

Apa yang anda perlukan ialah dua lighter yang dah tak digunakan lagi. Leraikan satu persatu seperti mana gambar dibawah. Folow steps by step and then waht you get is A BIKE...Sebuah superbike mini...




KISAH BENAR! 2 Kekasih Dibelit Ular Ketika Berzina


BACA… FAHAM….. HAYATI…..
SEBAR DAN SAMPAIKAN PADA SAHABAT KITA YANG LAIN..
KITA PEMUDA PEMUDI ISLAM…
KITA UMAT ISLAM PEDULI…
ALLAHU AKBAR…!!!

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. “Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. “Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. “Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.

~Saya Nak Jadi Menantu Ustaz Azhar Idrus~

Sekarang nie, ramai yang mengenali figura Ustaz Azhar Idrus yang semakin popular terutamanya dikalangan orang muda. ceramahnya yang bersahaja, santai dan kebolehan  menjawab soalan secara spontan dan penerangan yang yang jelas membuatkan ramai yang tertunggu tunggu setiap ceramah beliau. Malah artis pun turut berminat dengan ceramah beliau.

Wow...sampaikan sesak jalan ke masjid. Satu perkembangan yang menarik. BErgelak ketawa sambil menambah ilmu. What old says," brains works better when there is a fun". 

Bila dah popular dan fame, ramailah yang mengintai intai peluang untuk mendekatkan lagi diri dengan ustaz.

Sunday 5 February 2012

10 Cara Wanita Membuatkan Pasangan Bernafsu Tinggi

BACAAN SUAMI ISTERI


Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

Saturday 4 February 2012

Teks dan Terjemahan Selawat Nabi Sempena Sambutan Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Teks Selawat Nabi Khas dan Terjemahan Untuk Anda Semua...tak payah tercari cari dah. download dan print...he3 kalo ader perarakan kan dah ader teks.. saper yang hafal lagi bagus 

Teks dan Terjemahan Selawat Nabi Sempena Sambutan Maulidur Rasul 


Friday 3 February 2012

18SG: 20 Cara Gila Jadikan Roomate Anda Stress dan Takut



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang korang dan bagitau kat roommate korang nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg korang & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate korang balik, jerit sekuat hati ” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pokok2 bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

20 Sebab Mengapa Lelaki Tak Nak Kahwin



For gurlz n sape ader kawan laki tahulah nape diorang xnk kawen...

1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ? da duit abangku sayang, takde pitis sayangpun melayang!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

APODAHJADI: Suami Cemburu Rempuh Kereta Isteri 40 Kali Dengan Lori























Api cemburu yang meluap-luap seorang suami terhadap isterinya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkannya bertindak di luar kawalan apabila melanggar kereta jenis Perodua Myvi wanita itu lebih kurang 40 kali menggunakan lori seberat dua tan kelmarin.

Kejadian pukul 11.30 malam yang turut mencemaskan jiran-jiran di Taman Suria, Kampung Desa Aman di sini itu berlaku apabila pemandu lori berusia lingkungan 40-an terbabit hilang sabar selepas bertengkar dengan isterinya di dalam rumah teres dua tingkat itu mengenai dakwaan berkenaan.

Dia yang gagal mengawal emosi kemudian mencapai kunci lori lalu keluar rumah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang sering dinaiki isterinya kira-kira 40 kali hingga mengakibatkan bahagian depan kenderaan itu rosak teruk untuk melepaskan geram.

Lori itu pula hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian depan.

Difahamkan, isteri lelaki itu merupakan pengusaha kantin di sebuah kilang berdekatan rumahnya di sini.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, dia ada mendengar bunyi orang bergaduh di dalam rumah itu sebelum lelaki tersebut keluar dalam keadaan marah-marah.

MELAMPAU: Katy Lim Li Hina dan Persendakan Allah Dalam Facebook Dan Tiada Hukuman Dikenakan

sekiranya mempunyai maklumat sahih tentang individu ini, sila PM mana-mana administrator atau terus salurkan maklumat ke Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia. Dia ni menghina Islam, ALLAH!!!.


WOW KREATIF: Teknik Kenakan Member Yang Suka Curi Air Dalam Peti Ais

Biasanya kat rumah sewa kan ader peti sejuk. Pada suatu malam nak jadikan citer korang beli air berkarbonat terbest untuk santapan korang malam tu. Minum sikit jer then simpan dalam peti sejuk. Pastu masuk bilik rehat. Tengah2 malam nak tengok movie biasanya bdk rmh sewa berjaga malam, mesti la nak ader peneman minuman. Bukak peti ais, tengok air dah tinggal kat paras kemarau. Bapak tensionnya. tak tau saper buat. Mesti korang penah kene kan. So arini aku nak bagi cara bagaimana nak kenekan orang yang ambik air korang tuh...muahahha...sangar hitam dan jahat rancangan ini. Saksikan

SERAM: Bayi Yang Lahir Tanpa Setitis Darah Dalam Tubuhnya




Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yg mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya. Bayi ini didapati sihat spt bayi normal yang lain.

Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.

Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.

Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.

Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.

“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.

“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.

APODAHJADI: JAWAPAN MELUAT ARTIS TENTANG AURAT

Adoyai korang tengoklah camner mereka artis2 menjawab soalan pedas tentang aurat mereka
 Ni antara jawapan mereka

"Hey come on, I Model okey, I Masih Muda"

"Buat Aper nak tutup sebab itu bukan diri I sebenar"

WOW:Apabila Shah Rukh Khan Menyanyi Lagu Melayu


Iklan promo yang sering disiarkan di stesen televisyen tempatan selalunya agak membosankan, terlalu bersifat konvensional dan tidak kontemporari.

Ini berbeza jika kita melihat stesen televisyen asing…tak payah pergi jauh, Indonesia pun dah cukup.

Mereka cukup kreatif dalam menghasilkan promo sesebuah rancangan hinggakan penonton tak sabar untuk menyaksikan tayangan sesebuah program yang bakal ditayangkan.

Namun penulis ‘tabik spring’ kepada tenaga kerja TV3 yang berjaya menghasilkan sebuah promo menarik, yang boleh disifatkan satu pemikiran ‘di luar kotak’.

Ia cumalah promosi mengenai filem-filem Hindustan yang bakal ditayangkan di slot Panggung Sabtu dalam stesen TV mereka pada bulan Februari ini.

Yang menariknya, mereka menggunakan sebuah lagu popular sekitar 90-an nyanyian kumpulan Bumi Putra Rockers (BPR) berjudul Dari Sinar Mata untuk ‘menterjemahkan’ promo mereka itu.

OMG : Wanita Mempunyai Dua Faraj Ditawarkan USD1 Juta Untuk Berlakon Filem Porno




LONDON - Seorang perempuan berwajah cantik bernama Hazel Jones ,27 tahun secara mendadak menjadi terkenal kerana lahir dengan mempunyai dua vagina. Dia dikatakan mempunyai peluang besar untuk menggunakan kelebihan demi menghasilkan wang. Dia dikhabarkan sudah ditawarkan untuk membintangi sebuah filem porno.

Hazel Jones, sebelum ini sudah popular media luar negara kerana mempunyai keistimewaan yang disebut "uterus didelphys". Kelainan ini menyebabkan tubuhnya mempunyai dua organ kelamin perempuan. Demikian diberitakan TMZ.

Perempuan berusia 27 tahun itu mengaku kepada Tabloid The Sun bahawa dirinya tidak akan malu dengan keadaannya. Bersama si suami, Hazel bahkan mempamerkan keistimewaan tersebut di beberapa kelab seks di England.

Thursday 2 February 2012

KELAKAR APO: Dear Abang VS Dear Ayang


Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... . kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance... ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,

ayang

WTF 18SX: Botol Susu Yang Diharamkan Di Malaysia

Susu segar yang fresh ini telah diharamkan kat Malaysia. Korang rasa kenaper yer...he3

APODAHJADI: Video MakCik Langgar Myvi dan KEdai SUperbike



Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.

ENTERTAINMENT: Rupa Sebenar Rey Mysterio SUPER CUTE


Jika anda seorang peminat sukan gusti WWE yang tegar,pasti anda kenal dengan Rey Mysterio yang sinonim dengan topengnya..Kelincahan ketika berada diatas gelanggang membuatkan dia diminati ramai penggemar sukan ini,bahkan kanak-kanak sekalipun..

Mungkin ramai yang masih tidak mengenali wajah sebenar Rey Mysterio yang sebenar di sebalik topengnya..So korang boleh zoom in gambar dia yang sebenar di bawah ini:

Bukti Anai Anai Kenal dan Hormati Kesucian Ayat Al-Quran Berusia 100 Tahun

Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai. Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pon ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut.


Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad.

Jom Tahu Rahsia Di Sebalik Mandi Wajib Yang Tersembunyi


Mandi wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untukmembersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketikadaya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

Tayammum Pengganti Mandi Wajib

MOTIVASI: Ciri Ciri Wanita Yang Cantik Untuk Diikuti


1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.

Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...