APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Thursday 5 January 2012

PM Datuk Seri Najib Cadang Jual Elektrik Kepada Singapura


Malaysia telah membuat tawaran untuk menjual kuasa elektrik kepada Singapura seiring dengan langkah negara-negara jiran meninjau peluang bidang-bidang baharu untuk kerjasama akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau membuat cadangan itu kepada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong semasa sesi pemukiman Malaysia-Singapura di sini semalam.

Menyifatkan mesyuarat itu sebagai 'amat produktif dan berjaya', Najib berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk meninjau langkah-langkah tambahan dalam meningkatkan lagi hubungan dua hala.

"Di pihak Malaysia, saya mencadangkan kemungkinan Malaysia menjual tenaga elektriknya kepada Singapura yang mana beliau (Hsien Loong) amat mengalu-alukannya," katanya pada sidang akhbar bersama selepas mesyuarat dua hala di pejabatnya di sini.

Najib berkata, bekalan kuasa itu akan dipacu oleh sektor swasta.

Sementara itu, Hsien Loong berkata, Singapura amat terbuka kepada cadangan itu sekiranya termanya wajar dengan mengambil kira perkara-perkara seperti kesan projek itu ke atas alam sekitar.

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...